Doa Barang Hilang Agar Ditemui
يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لاَ رَيْبَ فِيهِ، اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَآلَّتِي
Maksudnya: “Wahai Tuhan Yang Menghimpunkan manusia di hari yang tidak ada ragu-ragu lagi padanya, himpunkanlah aku dengan barangku yang hilang itu.”
اللّهُمَّ أجِرْنِي فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْنِيْ خَيْرًا مِنْهَا
Maksudnya: “Ya Allah berilah ganjaran atas musibah yang menimpaku ini, dan gantilah dengan yang lebih baik daripadanya..”
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيْهِ اِجْمَعْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ ضَالَّتِيْ فِيْ خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ
Maksudnya: “Ya Allah, wahai Tuhan yang mengumpulkan semua manusia di hari yang tiada ragu lagi padanya. Pertemukan aku dan barangku yang hilang dengan kebaikan dan ‘afiyah.”
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ ضَاعَتْ لَهُ مَالَتُهُ فَلْيَتَوَضَّأْ، وَلْيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ، وَلْيَدْعُ بِهَا فَإِنَّهُمَا يَرْفَعَانِ مِنْهُ، أَوْ قَالَ: يَرْفَعُهُمَا مِنْهُ، ثُمَّ لْيَقُلْ: بِسْمِ اللهِ يَا هَادِيَ الضَّالَّةِ، وَرَادَّ الضَّالَّةِ، ارْدُدْ عَلَيَّ ضَالَّتِي بِعِزَّتِكَ وَسُلْطَانِكَ، فَإِنَّهَا مِنْ عَطَائِكَ وَفَضْلِكَ
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda, “Barangsiapa kehilangan barangnya, hendaklah dia berwudhu, kemudian solat dua rakaat, kemudian dia berdoa dengannya, karena kedua rakaat itu akan mengangkat kesalahannya. Kemudian hendaklah dia mengucapkan,
‘Dengan nama Allah, wahai Pemberi petunjuk yang memberi petunjuk dan yang mengembalikan kesesatan, kembalikanlah barang yang hilang ini kepadaku dengan kekuasaan dan keagungan-Mu, kerana sesungguhnya ia datang dari karunia dan karunia-Mu.'”‘” (HR. Muslim)
Doa Barang Hilang Rumi
Berikut bacaan dalam rumi doa barang hilang.
Bismillahirahman nirrahim.
Yaa Jaa mi annasi liyau milaa roiba fihi, ijma’ alaiya dhoollati.
Offenbar hast du diese Funktion zu schnell genutzt. Du wurdest vorübergehend von der Nutzung dieser Funktion blockiert.
Doa barang hilang merupakan doa yang dibaca untuk memohon pertolongan Allah SWT dalam mencari dan menemui semula barang yang hilang atau tercicir. Ia merupakan salah satu doa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW untuk membantu umatnya yang kehilangan sesuatu barang.
Doa barang hilang dalam tulisan rumi merupakan transliterasi doa berbahasa Arab ke dalam huruf rumi yang dibaca ketika kehilangan sesuatu barang. Bermula dengan kalimah “Allahumma ya jami’an nasi” dan berakhir dengan “ta’lamu wala na’lam”, doa ini mengandungi permohonan kepada Allah SWT yang Maha Mengetahui untuk menunjukkan jalan kepada barang yang hilang serta pengakuan bahawa hanya Allah yang mengetahui segala sesuatu. Ia merupakan doa yang sangat digalakkan untuk diamalkan ketika kehilangan sesuatu barang dengan disertai usaha dan tawakkal kepada Allah SWT.
Doa Barang Hilang Agar Jumpa Kembali
Khas untuk korang yang tengah cari barang hilang. Baca doa barang hilang ni, inshaAllah jumpa. Kalau tak jumpa juga mungkin Allah akan gantikan dengan yang lain. Bersangka baiklah.
Bacaan Doa Ketika Hilang Barang Dalam Arab
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيْهِ اِجْمَعْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ ضَالَّتِيْ فِيْ خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ
Bacaan Doa Barang Hilang Rumi
Allâhumma yâ jâmi‘an nâsi liyaumin lâ raiba fîh, ijma’ bainî wa baina dlâllatî fî khairin wa ‘âfiyah.
Maksudnya: “Ya Allah, wahai Tuhan yang mengumpulkan semua manusia di hari yang tiada ragu lagi padanya. Pertemukan aku dan barangku yang hilang dengan kebaikan dan ‘afiyah.”
Dan kami riwayatkan di dalam kitab risalah Imam Abul Qasim al-Qusyairi radhiyallahu ‘anhu pada Bab Karamah Aulia, beliau berkata: Adalah bagi Jaafar al-Khuldi² satu mata cincin, lalu terjatuh ke dalam sungai Dajlah. Dan adalah baginya doa yang mujarab untuk mendapatkan semula mata benda yang hilang, lalu beliau berdoa dengan doa tersebut, dan akhirnya mata cincin itu didapati di tengah-tengah daun kayu yang dibalik-balikkannya.
Berkata Imam al-Qusyairi radhiyallahu ‘anhu: Aku mendengar Abu Hatim as-Sajistani rahimahullahu taala berkata: Aku mendengar Abu Nasir as-Sarraj rahimahullahu taala berkata:
يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لَا رَيْبَ فِيْهِ، اجْمَعُ عَلَيَّ ضَالَّتِي
Ertinya: Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia di hari yang tidak ada ragu-ragu lagi padanya, himpunkanlah aku dengan barangku yang hilang itu.
Berkata Imam Nawawi : Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mendapatkan barang yang hilang dengan tidak lama mencarinya.
Sunnah dan Bidaah Ketika Barang Hilang atau Dicuri
Mencari barang dicuri dengan tatacara tertentu dalam solat dan mendakwa akan ditunjukkan nama pencuri tersebut.
Ajaran ini tersebar sudah lama di alam Melayu.
Pertama : Solat istikharah dua rakaat, kemudian menyembelih dua ekor haiwan berwarna hitam lalu buat kenduri arwah. Nanti akan dapat petunjuk seperti wajah atau nama si pencuri.
Perbuatan ini membatalkan Islam (murtad) kerana menyembelih bukan kerana Allah. Beribadah kepada selain Allah.
Kedua : Solat istikharah dua rakaat dan diberikan pengeras dengan ada nilai suku. Contohnya 5 sen. 15 sen. Tak boleh genap. Ini adalah perbuatan khurafat. Tahyul.
Ketika barang milik kita dicuri atau hilang, maka itu adalah musibah. Rasulullah telah mengajar kita doa yang sangat besar lagi luar biasa apabila ditimpa musibah.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا
“Segala sesuatu adalah milik Allah dan akan kembali kepada-Nya. Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah yang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik.”
Hadith diriwayatkan oleh Ummu Salamah. Ketika suaminya mati (Abu Salamah), Ummu Salamah membaca doa ini.
Apa balasan Allah kepada Ummu Salamah?
Allah beri ganti suami yang lebih baik berbanding suami sebelumnya, iaitu Rasulullah.
Mintalah kepada Allah apabila ditimpa musibah, bukan kepada bomoh atau ustaz.
Diharap perkongsian kami tentang Doa Barang Hilang ini dapat memberi panduan buat semua. Semoga doa yang kami kongsikan boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja yang sedang menghadapi situasi kehilangan barang. Kehilangan sesuatu, sama ada barang kecil atau besar, boleh menyebabkan rasa risau dan gelisah. Dengan amalan doa dan berserah kepada Allah, kita diberi petunjuk serta kekuatan untuk menghadapi situasi tersebut dan mudah-mudahan barang yang hilang akan dijumpai semula.
Sekiranya anda menghadapi masalah sijil SPM hilang anda bolehla membaca doa ini.
Jadual harian yang sibuk kadang-kadang boleh menjejaskan tumpuan dan ingatan seseorang. Pernah tak anda berdepan dengan hilang barang/ lupa tempat letak/ diambil oleh orang lain? Jika ya, amalkan beberapa doa kehilangan barang ini.
Tidak dinafikan bahawa mencari barangan yang hilang adalah sukar yang agak sukar dan memenatkan. Sudah selongkar di setiap tempat, namun akhirnya masih juga belum ditemui membuatkan ramai berputus asa.
Kaedah Mencari Barang Hilang Mengikut Islam
Banyakkan berdoa kepada Allah SWT agar memberikan petunjuk dan bantuan dalam mencari barang yang hilang tersebut. Berdoalah dengan penuh keikhlasan dan keyakinan bahwa Allah SWT akan membantu dalam segala urusan.
Islam mengajarkan untuk melakukan dengan bersungguh-sungguh dalam segala hal, termasuk mencari barang yang hilang. Gunakan segala kemampuan dan sumber daya yang ada untuk melakukan pencarian dengan efektif.
Dalam proses pencarian, penting untuk sentiasa bersabar. Walaupun terdapat kemungkinan barang yang hilang tidak akan ditemukan, bersabarlah dan percayalah bahawa Allah SWT akan menggantikannya yang lebih baik.
Jika barang yang hilang tidak ditemukan meskipun telah berusaha dengan sungguh-sungguh, menerima kenyataan dengan lapang dada adalah tindakan yang bijaksana. Percayalah bahwa segala sesuatu terjadi atas kehendak Allah SWT dan mungkin ada hikmah di balik kehilangan tersebut.
6. Memberitahu Pemilik
Sekiranya kita terlibat dalam pencarian barang yang hilang, bersikap jujurlah. Beritahu kepada pemiliknya untuk mengembalikan barang tersebut. Ini adalah tindakan yang mulia dan dianjurkan dalam agama Islam.
Amalan Apabila Barang Hilang
Baca SELAWAT (berulang-ulang kali) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran anda ingatkan kembali bilakah waktu akhir anda Nampak atau pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda, anda akan menemuinya semula.
Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoalah “Doa Ditemukan Barang Yang Hilang”, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.
Apakah Kelebihan Membaca Doa Barang Hilang?
Membaca doa barang hilang membawa pelbagai kelebihan, antaranya:
Doa Barang Hilang – Memohon Agar Barang Ditemui Semula
Pernah tak, cari barang tak jumpa-jumpa? Dah puas cari sana sini setiap sudut dah cari, tapi tak jumpa-jumpa. Mesti letih dan geram kan. Lebih-lebih lagi kalau barang tu barang yang berharga atau barang yang nak guna.
Lain kali, apabila berada dalam situasi tersebut bolehlah anda cuba baca doa barang hilang yang dikongsikan di bawah ini. Semoga bermanfaat!
Doa Ketika Hilang Barang 1
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيْهِ اِجْمَعْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ ضَالَّتِيْ فِيْ خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ
Rumi: “Allahumma ya jami‘an nasi li yaumin la raiba fihi, ijma’ baiia wa baina dlallati fi khairin wa ‘afiyah”
Maksudnya: Ya Allah, wahai Tuhan yang mengumpulkan semua manusia di hari yang tiada ragu lagi padanya. Pertemukan aku dan barangku yang hilang dengan kebaikan dan ‘afiyah.
Hukum Mengambil Barang Yang Dijumpai Di Tepi Jalan
Barang/ harta yang tercicir ini disebut di dalam Bahasa Arab sebagai Al-Luqatah yang membawa maksud; “Harta yang hilang daripada tuannya dan dijumpai oleh orang lain”.
Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani, Nabi S.A.W pernah ditanya oleh seseorang yang tidak dikenali berkenaan harta Al-Luqatah (harta yang dijumpai) daripada emas atau perak.
“Kenalilah pengikatnya dan bungkusannya kemudian umumkan ia selama satu tahun sekiranya tidak dijumpai (pemiliknya) maka bolehlah mengambil manfaat daripadanya sekiranya ia dituntut kembali maka kembalikanlah kepadanya.”
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2890-al-kafi-967
Manusia ni Allah kurniakan sifat lupa. Kadang-kadang barang yang mudah pun kita boleh terlupa kat mana letak. Doa rasa macam ingat letak kat mana. Tapi tu lah cari tak jumpa jugak. Lepas ni kalau ada barang-barang yang hilang boleh cuba amal doa barang hilang ni nah.
Bilakah Dan Bagaimana Cara Membaca Doa Barang Hilang?
Doa ini boleh dibaca dalam beberapa keadaan: